POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

motorsikal paling ringan

2 posters

Go down

motorsikal paling ringan Empty motorsikal paling ringan

Post  awang_trasher Mon Aug 10, 2009 2:51 am

Suzuki Belang

motorsikal paling ringan Suzuki-belang-r

SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn Bhd, pengedar motosikal jenama Suzuki
melancarkan model terbarunya, Belang R150 Sports yang ranggi dan
radikal.

Model terbaru itu menggunakan segala kecanggihan
teknologi kejuruteraan Suzuki untuk menghasilkan sebuah motosikal yang
ringan dan pantas serta nisbah kuasa dibandingkan berat paling impresif.

Ini menjadikan Suzuki Belang R150 sebagai motosikal sport paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.

Reka bentuk aerodinamik, peralatan bermutu tinggi dan enjin yang
sofistikated boleh didapati dalam model terbaru hasil kehendak
penunggang yang inginkan sebuah motosikal terbaik.

Menurut
Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, Kazumasa Watanabe,
motosikal Suzuki mengalami peningkatan jualan sejak tahun lalu.

"Jika dibandingkan dengan 2007, jumlah jualan kami naik 81 peratus dan
angka ini jauh melebihi kadar perkembangan pasaran motosikal
keseluruhan.

"Jumlah jualan kami terus meningkat 93 peratus
bagi tempoh Oktober hingga Disember 2008 dan untuk tempoh Januari
hingga Mac 2009, jumlah jualan meningkat 58 peratus jika dibandingkan
dengan tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, pengenalan model
baru seperti Smash Revo 110cc, Step 125SC, Shogun 125 RR dan SP
meningkatkan jumlah jualan dan saham Suzuki.

"Semua model ini
menerima sambutan amat menggalakkan daripada pengguna kerana memiliki
reka bentuk menarik dan prestasi memuaskan.

"Jentera Suzuki menjimatkan minyak, ekonomi, berkualiti tinggi dan memerlukan penyelenggaraan yang rendah," katanya.

Belang R150 dijana enjin 150cc yang berkuasa dengan transmisi enam kelajuan, sistem penyejukan SACS Suzuki.

Enjin 150cc DOHC dengan empat injap adalah konfigurasi biasa untuk
enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi.

Konfigurasi jenis itu jauh lebih lancar apabila beroperasi pada
kelajuan RPM enjin lebih tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksimum dan
juga penggunaan bahan api yang optimum.

Untuk memastikan
keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara
efektif, ia dilengkapi transmisi enam kelajuan dengan pilihan nisbah
gear yang menjaminkan cara tunggangan sporty, namun lancar dalam
pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksimum lebih tinggi.

Teknologi SACS (Suzuki Advanced Cooling System) berfungsi dengan
menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk
penyejukan lebih efektif.

Minyak berkenaan akan disejukkan menggunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optimum.

Selain itu, Belang R150 turut dilengkapi SCEM (Suzuki Composite
Electrochemical Material), Suspensi Monoshock, brek cakera depan dan
belakang serta panel meter dinamik dengan skrin LCD, Speedometer
Digital LCD, takometer analog seperti motosikal sports mewah GSX R1000.

Malah, jentera terbaru itu turut dipadankan sistem 'Suzuki
Drive Mode Switch' (SDMS) dengan tiga pilihan mod tunggangan sama ada
biasa, ekonomi atau berkuasa.

Beharga RM7,570 seunit, Suzuki
Belang R150 didatangkan dalam variasi dua warna pilihan iaitu Autumn
Red/New Titan Black dan Dark Grey/New Titan Black.


harian metro
awang_trasher
awang_trasher
Moderator
Moderator

Posts : 106
Join date : 2009-07-29
Location : Kluang, Johor

Back to top Go down

motorsikal paling ringan Empty Re: motorsikal paling ringan

Post  tebuan Tue Aug 11, 2009 9:47 am

harge moto sebijik dah bleh beli keta 2nd hand...! celende
tebuan
tebuan
Moderator
Moderator

Posts : 63
Join date : 2009-08-06

http://www.tebuanese.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum