POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nicol catat hatrik

Go down

Nicol catat hatrik Empty Nicol catat hatrik

Post  awang_trasher Mon Aug 10, 2009 2:03 am

Nicol catat hatrik

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David terus mencipta sejarah menerusi kemenangan hatrik di Kejohanan Singapura Masters CIMB 2009, semalam, selepas bergelut menewaskan salah seorang seteru utamanya, Natalie Grinham dari Belanda.

Buat kali kedua sejak 2007, pemain nombor satu dunia itu menumpaskan Natalie dalam saingan final di Singapura dan kali ini menyaksikan Nicol mencatat kemenangan 11-9, 11-8, 11-9 selepas bertarung selama 40 minit.

Meskipun pertemuan kali ke-27 keseluruhan antara dua pemain itu kini meletakkan Nicol di depan dengan rekod 21-6, Natalie tetap memberi tentangan sengit terutama di set kedua.

Natalie, pemain kelahiran Australia yang menukar kerakyatan sejurus mengahwini pemain Belanda, Tommy Berden pada Februari 2008, berupaya menguasai set kedua hingga membuatkan Nicol tercicir 2-8.

Namun, Nicol bangkit dengan rali panjang dan asakan di depan hingga membuatkan Natalie kerap melakukan kesilapan ketika cuba mematikan bola dengan pukulan pantas.

Set ketiga lebih hangat apabila dua pemain itu saling berebut mata sehingga Nicol menutupnya dengan pukulan kilas di depan gelanggang.

Pemain Pulau Pinang itu seterusnya akan beraksi di Terbuka New Zealand, minggu depan.

Mymetro
awang_trasher
awang_trasher
Moderator
Moderator

Posts : 106
Join date : 2009-07-29
Location : Kluang, Johor

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum