POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peranan Universiti Mengatasi Masalah Pengangguran.

2 posters

Go down

Peranan Universiti Mengatasi Masalah Pengangguran. Empty Peranan Universiti Mengatasi Masalah Pengangguran.

Post  Ziarahmenilai Fri Jul 31, 2009 4:24 am

PERANAN UNIVERSITI MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN
by RAMPA

KENAPAKAH Graduan menganggur? Tentulah ada banyak faktornya. Salah satu faktornya ialah akibat sudah tiadanya nilai ekonom bagi kursus-kursus yang diikuti oleh para graduan sewaktu mereka belajar di universiti. Di luar kampus, kursus-kursus dalam Pengajian Bahasa DAN Kesusasteraan Melayu misalnya sudah tidak menjamin para geraduan yang mengikuti Pengajian tersebut mudah mencari pekerjaan; melainkan terpilih untuk menjadi guru Bahasa; atau bekerja sendiri jika termampu; seperti menjadi pengarang, wartawan, menulis buku atau sendiri menjadi penerbit.

Sekiranya bagi mana-mana kursus yang sudah tidak mempunyai nilai ekonomi di luar kampus dan tidak dapat memberikan “daya-kuasa” kepada para graduan Melayu untuk mendapatkan pekerjaan, atau hanya menambahkan jumlah para geraduan itu menjadi penganggur saja; untuk apakah dibenarkan kursus-kursus tersebut terus dipaksakan kepada para pelajar mengikutinya? Memadailah kursus-kursus tersebut dijadikan mata pelajaran elektif sahaja di peringkat universiti.

Bukanlah maksud penulis di sini bahawa kursus-kursus seperti itu diberhentikan terus, tetapi pihak yang mengendalikan kursus-kursus seperti itu (yang sudah tiada nilai ekonomi di luar kampus) mestilah turut terlibat sama merancangkan agar kursus-kursus yang mereka kemukakan adalah juga merupakan saluran kepada para pelajar memperolehi pekerjaan setelah mereka tamat mengikuti kursus-kursus itu.

Bukan saja bagi Kursus bahasa dan Kesusasteraan Melayu, bahkan juga bagi semua Kursus; bagi setiap Pensyarah yang mahu dirinya mendapat tempat berkhidmat di universiti; mereka seharusnya bukanlah hanya setakat mengemukakan kurikulum atau sukatan pelajaran mengenai apa yang ingin dikuliahkan saja tetapi mereka hendaklah juga mengemukakan projek yang mempunyai nilai komersial untuk diusahakan oleh para pelajar mereka yang mengikuti kursus-kursus mereka itu setelah para pelajar itu graduate nanti.

Jika projek itu perlu dijadikan sebagai syarikat maka Pensyarah itu sendiri akan terus menjadi konsultan (berbayar) kepada syarikat tersebut di mana para pelajar itu apabila mereka sudah graduate akan menjadi para pekerja di syarikat tersebut.

Sebagaimana apa yang ada sekarang ini ialah Pensyarah hanya memberi kuliah dan memeriksa kerja kursus; kertas-kertas peperiksaan para pelajarnya dan juga melaksanakan setakat mana yang ia bertanggungjawab terhadap bidang kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti. Selepas saja para pelajarnya meninggalkan universiti; maka Pensyarah pun bagaikan tiada apa-apa hubungan atau kaitan lagi dari segi profesionnya ia sebagai seorang Pensyarah dengan bekas-bekas pelajarnya. Sama ada bekas-bekas pelajarnya itu memperolehi pekerjaan atau bertahun-tahun menganggur; itu bukanlah urusan Pensyarah itu lagi.

Penulis mengambil para geraduan yang baru saja meninggalkan universiti sebagai contoh di sini. Adakah para graduan itu semua ada hubungan dengan bekas Pensyarah mereka setelah mereka meninggalkan universiti? Tidak, kecuali para graduan itu kembali ke universiti untuk melanjutkan pelajaran pengkhususan yang sama di fakulti yang sama. Jika tidak; setakat di majlis konvokesyen sajalah sebagai saat terakhirnya pertemuan dan sebagai penamatnya hubungan; itu pun jika dapat bertemu; dan selepas itu jika terjumpa di luar universiti; barulah mereka berjumpa kembali dengan Pensyarah.

Seorang Pensyarah di bidang Sains Kimia misalnya; sekiranya ia ingin berkhidmat di universiti; ia perlu menyediakan projek untuk para pelajarnya kendalikan; selepas para pelajar itu menjadi geraduan. Ini bererti seseorang Pensyarah itu bukan hanya setakat memberi kuliah, mengendalikan tutorial dan memeriksa kertas peperiksaan dan memeberikan markah; membuat research dan menulis untuk jurnel dan lain-lain yang konvensional saja; dan selepas itu selesailah tanggungjawabnya terhadap para pelajarnya.

Seorang Pensyarah di bidang Pengajian Kimia misalnya di universiti atau kolej mestilah menyediakan projek, misalnya kertas projek penubuhan Syarikat Pembekalan Bahan-Bahan Kimia atau menubuhkan Syarikat Kilang Kimia bagi menghasilkan bahan-bahan kimia sebagai contohnya. Syarikat tersebut hendaklah dibiayai oleh Kerajaan atau dimodali oleh mereka yang mahu memberikan modal bagi mendapatkan keuntungan dari sahamnya atau dibiayai oleh dana dari pinjaman MARA atau Bank atau oleh mana-mana agensi kewangan. Maka dengan demikian para pelajar tadi setelah mereka graduate adalah menjadi para pekerjanya di Syarikat tersebut.

Penulis memilih Pensyarah di bidang Sains Kimia sebagai contoh khusus di sini kerana para pelajar Melayu yang dipaksakan mengambil jurusan tersebut di universiti, mereka adalah sudah ramai yang menganggur. Apakah yang mereka ini buat dengan “Ilmu” yang mereka perolehi di universiti dalam bidang tersebut apabila mereka tamat belajar dan kembali ke kampung?

Di kampung, di Felda dan Felcra, apakah yang mereka boleh aplikasikan “ilmu” yang mereka miliki itu yang membolehkan mereka gunakan untuk mencari nafkah hidup? Untuk mendapatkan pekerjaan di sektor Awam; kekosongannya adalah terhad. Untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta; mereka adalah Melayu; dan boleh dikatakan tiadanya Syarikat yang mengendalikan Bahan Kimia adalah dimiliki oleh Melayu. Untuk mereka merebut jawatan pekerjaan di Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum lain di sektor swasra; kita fahami sajalah sendiri sikap mereka terhadap Melayu kerana kaum mereka sendiri pun ramai yang perlu mereka utamakan; sekiranya ada kekosongan pekerjaan atau jawatan dalam syarikat mereka.

Jadi, apabila Pensyarah di bidang Pengajian Sains Kimia itu turut dipertanggungjawabkan dengan projek tersebut; maka barulah Kursus yang dikendalikan olehnya di universiti adalah mempunyai nilai ekonomi bagi meningkatkan ekonomi Melayu dan menyediakan pekerjaan kepada para graduan di bidang yang berkenaan.

Ada banyak bidang kimia yang boleh dijadikan projek yang seharusnya dilaksanakan untuk tujuan memajukan ekonomi Melayu; bagi nawaitu meningkatkan ekonomi Melayu dan yang akan dapat mengurangkan pengangguran di kalangan geraduan Melayu. Para pensyarah perlulah memikirkannya.

Sebagaimana Ppara pensyarah di bidang Pengajian Kimia, demikianlah juga bagi para Pensyarah di lain-lain bidang. Mereka hendaklah menyediakan Kurikulum yang mereka kendalikan itu mestilah mengandungi dua komponan; iaitu (a) Pelaksanaan Kurikulum di Universiti atau Kolej dan (b) Projek untuk para geraduan setelah mereka menamatkan pengajian di universiti sebagai kerjaya. Jika pensyarah tidak dapat mengadakan dua komponan tersebut; samalah sebagai analoginya Pensyarah tersebut hanya dapat memberikan “Duit Jepun Semasa peperangan Dunia Kedua di Tanah Melayu– berlambang pokok pisang” kepada pelajarnya semasa di Universiti atau Kolej; walau pun ia tetap merupakan duit; tetapi tidak laku dipasaran sekarang.

Jika kursus-kursus yang ditawarkan itu menjadi tidak mempunyai nilai ekonomi dan tidak memberi apa-apa kepentingan kepada para pelajar apabila para apelajar itu graduate dan meninggalkan kampus; adalah lebih baik kursus-kursus atau mata pelajaran berkenaan tidak ditawarkan di Universiti atau di Kolej, dan tidak dipaksakan sebagai wajib untuk diikuti oleh para pelajar di universiti; kecuali untuk diambil oleh mereka yang berminat untuk mempelajarinya “just for the sake of knowlege” atau untuk memenuhi kepentingan peribadi untuk memajukan diri mengikut keperluan peribadi sendiri- sendiri saja.

Penulis tidak berniat di sini untuk menyatakan bahawa semua kursus mestilah mempunyai projek sebagaimana yang disebutkan di atas, mestilah tidak ditawarkan di universiti kepada para pelajar; tetapi bagi kursus-kursus yang tiadak mempunyai dua komponan itu hendaklah ditawarkan secara terbuka untuk pilihan para pelajar saja. Jika tiada pelajar yang memilih untuk mengikutinya; tidak perlulah kursus itu dikuliahkan untuk para pelajar. Tawarkan sajalah kepada mahajana di luar kampus; sekiranya mahajana berminat; makanya kursus tersebut akan tetap berfungsi dan hidup.

Ada banyak impliksanya sekiranya gagasan penulis ini dilaksanakan. Antaranya ialah Pensyarah mestilah mampu menyediakan projek yang berdaya maju; mampu bersaing dan mampu memperkasakan diri menjadi konsultan kepada setiap projek supaya projeknya itu kekal berdaya maju dan ekonomik apabila projek itu dilaksanakan.

Geran bagi dana untuk projek tersebut hendaklah disalurkan kepada Pensyarah tersebut melalui universiti di mana ia berkhidmat; oleh Kerajaan atau mana-mana pihak lain yang disebutkan tadi. Sudah tentulah pihak Universiti sendiri adalah menjadi pemantaunya dalam segala aspek dari segi kepakaran dan bantuan bagi memastikan projek itu dilaksanakan tanpa sebarang penyelewengan; di samping juga dipantau bersama oleh pihak lain yang berkepentingan memberikan modal bagi projek tersebut; termasuk BPR.

Demikianlah juga dengan Pensyarah di bidang Teknologi Makanan dan Pengajian Pertanian misalnya; mereka boleh bergabung tenaga bagi menyediakan satu Projek bersama untuk para pelajar mereka masing-masing; supaya dapat memenuhi keperluan pasca tamat pengajian mereka di universiti; iaitu dengan mengintegrasikan “ilmu” mereka di bidang masing-masing untuk dimanfaatkan melalui projek masing-masing itu.

Contohnya di sini ialah seorang Pensyarah Pengajian Pertanian boleh mengemukakan Projek Menternak Ayam; supaya di setiap kampung anak-anak yang masih bersekolah pun boleh terlibat dengan pemeliharaan ayam kepunyaan sendiri secara kecil-kecilan di belakang rumah. Para geraduan itu sendiri juga pula bolehlah menjadi penternak ayam secara moden di kampung-kampung secara besar-besaran. Seorang Pensyarah lagi di bidang Teknologi Makanan pula mengemukakan projek industri bagi menghasil pelbagai produk menggunakan daging ayam; bukan saja untuk keperluan dalam negara bahkan juga untuk dieksport.

Tentulah yang untuk dieksport, citarasa produk yang dihasilkan itu hendaklah menggunakan resipi yang sesuai mengikut citarasa lidah rakyat di negara mana produk tersebut akan dieksport; dan dieksportkan ke negara-negara di mana ayam sangat kurang.

Demikianlah juga dengan produk daging lembu; kambing; di mana para geraduan itu diberi gaji oleh Projek Syarikat itu bagi sebagai penternak; supaya mereka tidak menganggur selepas tamat pengajian di universiti.

Penulis juga amat hairan, kenapakah penduduk kampung, malahan para pelajar di peringkat yang masih bersekolah tidak mahu memelihara ayam; sedangkan ubi kayu boleh dijadikan makanan ayam; di mana pokok ubi kayu paling senang untuk hidup di luar bandar dan boleh diusahakan penanamannya di tanah-tanah yang terbiar. Sisa-sisa buangan seperti ikan dan lemak-lemak ayam di pasar boleh dijadikan bahan untukj direbus supaya ayam-ayam boleh diberi munuman dengan air rebusan tersebut bagi membekalkan zat-zat protein dan galian yang diperlukan oleh ayam. Malahan di banyak kampung terdapatnya pokok-pokok sagu rembia yang dibiarkan saja berbuah dan mati sendiri; tidak ditebang dan diambil sagunya untuk dijadikan makanan kepada ayam dan itik, kenapa?

Apabila misalnya ayam menjadi terlalu banyak dipelihara; lembu dan kambing juga menjadi terlalu banyak diternak orang; pihak Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA, dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan juga Bank-Bank bolehlah menyediakan dana untuk mewujudkan industri mengeluarkan pelbagai produk untuk kegunaan dalam negara dan untuk dieksport seperti disebutkan tadi. Industri-industri inilah yang mengadakan rangkaian atau network-nya dari segi pengeluaran bahan-bahan mentah sehinggalah kepada pemasaran pelbagai produknya di seluruh dunia yang memerlukan produk-produk berkenaan. Dan dengan sendirinya ini akan menyediakan pekerjaan kepada para graduan.

Jika ikan-ikan dan sotong boleh dikeringkan menjadi ikan masin dan sotong kering; dan telor boleh dijadikan telor asin; kenapakah daging ayam tidak dijadikan daging ayam kering (asin); daging lembu dan kambing tidak dijadikan daging kering; sebagaimana ikan-ikan masin itu boleh dibuat? Tentulah pakar Teknologi Makanan boleh menunjuk-ajar bagi menghasilkannya. Ini juga tentulah pakar dari Pengajian Kimia dan pakar Teknologi Makanan itu sendiri boleh membuat kajian bagaimanakah daging-daging yang sudah dikeringkan itu; boleh dijadikan sebagai tidak begitu masin rasanya apabila digunakan oleh pengguna sebagai hidangan

Contohnya dari pengalaman penulis sendiri, ikan asin kering itu; untuk mengurangkan rasa masinnya hendaklah direndam semula dengan air garam pekat selama satu jam. Dengan cara ini ikan masin kering itu tidak menjadi terlalu masin. Ini adalah kaedah yang sama yang diguanakan bagi memusnahkan bisa ular dalam tubuh bagi orang yang dipatuk ular; ialah menggunakan bisa ular (venom) itu juga adalah sebagai penawarnya. Samalah juga dengan kaedah perubatan Hameopathy; menggunakan penyakit untuk mengubat penyakit pesakit.

Barangkali, tentulah gagasan penulis ini kurang disenangi oleh para pensyarah di universiti kerana beban-kerja yang ada sekarang pun tidak tertanggung! Tetapi apakah cara lain yang dapat Pensyarah boleh membuktikan bahawa kurikulum atau mata pelajaran yang dikuliahkannya itu mempunyai nilai ekonomi di luar kampus dan membatu bagi mengatasi penggangguran di kalangan perdaun universiti. Fikirkanlah. – RAMPA.

Ziarahmenilai
Moderator
Moderator

Posts : 12
Join date : 2009-07-31

Back to top Go down

Peranan Universiti Mengatasi Masalah Pengangguran. Empty Re: Peranan Universiti Mengatasi Masalah Pengangguran.

Post  tebuan Fri Aug 07, 2009 4:50 pm

dasar pendidikan negara yg tidak konsisten juga menyumbang kepada pengangguran di malaysia...!kejap dasar pertanian...kejap dasar perindustrian...kejap dasar maklumat...penuntut pun pening nak pilih bidang kursus!!!
tebuan
tebuan
Moderator
Moderator

Posts : 63
Join date : 2009-08-06

http://www.tebuanese.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum