POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ajaran Sesat

Go down

Ajaran Sesat Empty Ajaran Sesat

Post  awang_trasher Sun Aug 09, 2009 10:58 pm

Ajaran Sesat Mstar_ajaransesatnew
Arrow AJARAN SESAT... 20 lelaki dan perempuan berusia 20an yang dipercayai sebahagian dari ahli ajaran Negara Islam Indonesia (NII) berjaya ditahan polis dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) di Taman Perindustrian Oakland, Seremban hari ini. Sabit kesalahan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. --fotoBERNAMA

20 pengikut kumpulan radikal ditahan di NS

Dipercayai anggota kumpulan Negara Islam Indonesia

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINs) telah menahan 20 anggota dipercayai dari sebuah kumpulan radikal Islam dalam operasi khas di Taman Perindustrian Oakland di sini hari ini.

Dalam operasi bermula 11 pagi tadi di sebuah rumah kedai tingkat atas sebuah restoran Cina di Jalan Haruan di sini, JHEAINS turut menahan seorang lelaki berpakaian kemas dan berkereta mewah berusia 28 tahun, dipercayai ketua kumpulan itu.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata kumpulan lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditahan ketika menjalankan kuliah mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika anggota kumpulan itu mempunyai kaitan dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), yang didakwa berjuang menubuhkan sebuah negara Islam.

"Buat masa ini, kita belum dapat kaitkan kumpulan ini dengan NII kerana masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi operasi itu di sini.

Katanya anggota kumpulan itu ditahan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu dimaklumkan kepada mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah melakukan beberapa tangkapan terhadap anggota kumpulan itu di negeri itu.

Mohd. Zol berkatam anggota kumpulan itu akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Katanya, kumpulan itu sudah mula begerak sejak 1998 tetapi hanya aktif pada 2003.

Sumber Bernama memberitahu kumpulan NII ditubuhkan di Indonesia untuk tujuan menegakkan sebuah negara Islam tetapi berkiblatkan ajaran agama yang agak radikal.

Mengikut ajaran kumpulan itu, orang bukan Islam harus diperangi serta orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka dianggap bukan Islam. BERNAMA
awang_trasher
awang_trasher
Moderator
Moderator

Posts : 106
Join date : 2009-07-29
Location : Kluang, Johor

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum