POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top

2 posters

Go down

Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top Empty Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top

Post  ataspokok Sun Aug 09, 2009 9:55 pm

Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top

Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top 9a3c497b5469842ece26d7126eb62f15
Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top 8769da5a792810f1299467b8771a2863

Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri mengaku belum dapat mengesahkan bahawa lelaki yang mati ditembak di Temanggung,
Jawa Tengah semalam adalah pengganas rakyat Malaysia Noordin Mat Top, walaupun media tempatan melaporkan bahawa keluarga Noordin akan datang ke Indonesia.

Bambang berkata polis hanya akan dapat membuat pengesahan indentiti sebenarlelaki yang ditembak mati dalam serangan polis ke atas sebuah rumah di Desa Kedu semalam setelah ujian DNA dijalankan.

Jenazah lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Polis di Jakarta untuk pemeriksaan lanjut, lapor Bernama.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi berkata mereka belum mendapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa Indonesia mengenai isteri dan tiga anak Noordin yang dikatakan akan datang dari Johor.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' yang menurut Bambang dijalankan sejak petang Jumaat.

Selain di Temanggung, polis juga menembak mati dua lagi lelaki yang juga dipercayai pengganas dan merampas beratus kilogram bahan letupan di tempat kejadian.

Media Indonesia hari ini memaparkan besar-besaran berita berkenaan di samping heboh memperkatakan bahawa sasaran terbaru kumpulan pengganas di Indonesia kini ialah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ketua Polis Indonesia itu berkata Susilo dijadikan sasaran untuk dibom di kediaman peribadinya di Cikeas, Bogor pada Hari Kemerdekaan Indonesia 17 Ogos ini.

Bagaimanupun, beberapa pihak termasuk ulama Abu Bakar Ba'asyir meragui laporan yang menganggap serbuan terbaru itu sebagai satu kejayaan polis.

Menurut ulama itu ia sebenarnya bagi menutupi kegagalan polis yang sudah bertahun-tahun gagal menangkap Noordin.

Noordin dan seorang lagi rakyat Malaysia Dr Azahari yang sudah ditembak mati beberapa tahun lalu merupakan dua pemimpin kelompok pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom serta berkeupayaan memikat anak-anak muda Indonesia untuk menjadi pengebom berani mati termasuk pengeboman di Hotel J W Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta pada 17 Julai lalu.
ataspokok
ataspokok
Admin
Admin

Posts : 72
Join date : 2009-07-28
Location : Klang Valley, Malezja

https://politik.forum.st

Back to top Go down

Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top Empty Re: Polis tak dapat sah kematian Noordin Mat Top

Post  tebuan Mon Aug 10, 2009 10:18 am

kalau lelaki ini disahkan noordin mat top...siapa lagi yg bakal dikambinghitamkan jika terjadi lagi serangan seterusnya???
tebuan
tebuan
Moderator
Moderator

Posts : 63
Join date : 2009-08-06

http://www.tebuanese.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum