POLITIKING ( https://politik.forum.st )


Join the forum, it's quick and easy

POLITIKING ( https://politik.forum.st )
POLITIKING ( https://politik.forum.st )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suspek pakar bom Noordin diberkas

2 posters

Go down

Suspek pakar bom Noordin diberkas Empty Suspek pakar bom Noordin diberkas

Post  awang_trasher Sat Aug 08, 2009 12:57 pm

Suspek pakar bom Noordin diberkas

Laporan awal sebut dia terbunuh dalam serangan polis

JAKARTA: Pakar bom paling dikehendaki Indonesia, Noordin Md. Top, yang turut dikaitkan dengan siri pengeboman di negara itu sejak 2002, telah diberkas lewat malam tadi.

Malah laporan tidak rasmi menyebut Noordin mungkin terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.

AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.

Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.

Noordin sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu.
awang_trasher
awang_trasher
Moderator
Moderator

Posts : 106
Join date : 2009-07-29
Location : Kluang, Johor

Back to top Go down

Suspek pakar bom Noordin diberkas Empty Re: Suspek pakar bom Noordin diberkas

Post  tebuan Mon Aug 10, 2009 11:44 pm

polis indon pun benggong...sekejap diberkas...sekejap terbunuh!mana satu yg betul.....??? drunken drunken drunken
tebuan
tebuan
Moderator
Moderator

Posts : 63
Join date : 2009-08-06

http://www.tebuanese.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum